Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Friday, May 23, 2008

::Bulan Kenduri...Cuti sajer::

Start Esok hingga Isnin, saya bercuti sbb hadiri kenduri SIL di Teluk Intan, Perak...30/5 hingga 3/6 saya akan bercuti lagi sbbnya kenduri kakak saya pulak di Penang...Dan minggu berikutnya, kenduri side future BIL di Ampang pulak. terpaksa berpecah dgn hubby sbb terclash dengan bakal biras punya kenduri (adik ipar hubby) di Kedah.

Bila dah selesai semua ni, LEGA! dapat rehat panjang skit. Bukan aper asyik travel jer...travel bukan dekat2, semua jauh2.Tapi takperlah, bila kenduri ni boleh jumpa sanak saudara, ayng jauh, yang dekat..eratkan silaturrahim:)

Wednesday, May 21, 2008

:Tahniah sahabatku Nur Azriena, bakal isteri 24 Mei 2008::

Kepada NA, my dear friend...

Moga bahagia melangkah ke alam perkahwinan yang diimpikan. Selamat men'join' kan diri dalam club isteri2 dan seterusnya club mak2..heheh (nak tunggu turn sapa lak lepas ni..royd kot)

Moga perkahwinan kekal bahagia hingga ke ujung usia. Harap aleh dapat menyerikan kehidupan na selepas ni. Hidup suami isteri banyak cabaran dan dugaannya, yang penting sikap tolak ansur, sabar dan memahami pasangan...saling lengkap-melengkapi agar yang kurang tu tertampung....akhirnya membuahkan keluarga yang ke arah kesempurnaan...

Moga persahabatan kita kekal walau diri berubah status...

p/s : Nina ngan Ahmad nak 'geng' cepat....jgn tunggu lama2..hhehe

Friday, May 16, 2008

::Selamat Hari Guru::

Hari ni Hari Guru Semalaysia....Pejam celik pejam celik dah almost 10 years tinggalkan zaman sekolah.Ye la dari 17 tahun sekarang dah nak masuk 27 tahun da.tuo dah.huhu

Bila diingat time sekolah dulu, hari guru ni student excited sambut. Tambah2 lagi time sekolah rendah. Memang untung cikgu yang student suka, mesti hadiah banyak dapat. Tak kira la hadiah mahal ke murah. Ada tu ayng bagi sabun, kotak tisu, ubat gigi,dll.Bayangkan budak umo 7, 8 tahun, bukannya dia kira hadah tu sesuai ke idak, yang penting dia mesti bagi..hehehehe termasukla saya..heeehhhe

Bila dah masuk sekolah menengah kira matang skit, pilihan adiah pun sesuai la dengan cikgu...yang bagi tudung, kain sepasang, dll....Masih lagi ingat time hari guru, kami satu kelas buat jualan bunga..bunga hidup!...laku sungguh, sbb masing2 nak bagi kat cikgu2.Ada yang menyimpang pun ada, yang kasi dekat BF/ GF..tapi kami tak kira, ayng penting bunga habis dijual..

Bercakap tentang cikgu, yang paling ingat Cikgu Ro**ni (MAth), Cikgu S*pi*a (sejarah), Arwah cikgu M*N*h (BM), Sir Sa*d(BI)....Jasa depa tak dapat kami balas. Mengajaq sungguh2 sampai kami pandai.

Di kesempatan ini nak ucap "selamat hari guru", Moga jasa kalian, mendapat ganjaran dari Allah...

Wednesday, May 14, 2008

::Nina: 1 year 8 months::


Nina sekarang dah pandai:

1) Vocab yang boleh ikut bila diajar tapi ditukar dalam bahasa dia:)
rumah jadi mamah
pokok jadi dadak
opah jadi pah
Bubur jadi bubur (pandai sebut dah)
Nina jadi Nina (pandai sebut dah)
Baby jadi Baby (pandai sebut dah)

2) Pandai letak baju kotor dalam bakul dan biar betul2 masuk.

3) Kuat merajuk sekarang bila kena marah...nangis beria2 macam kena pukul.

4) Manja sangat, sebab dia sorang2 yg kita pay attention...(Kena bagi adik ni kat dia, bila dah jadi kak long, barula kurang manja dia)heeheheh

5) Pantang nampak baby, mesti nak sayang, cium...lagi tak dapat, memang ngadap jer la baby tu..(sayang adik ni)

6) Bila nampak kita masa amik dia kat rumah bbsitter, mesti cepat2 cari kepala budak yang hantar sama kat bbsitter tu, ditarik nyer rambut.padahal sebelum2 tu tak der la pulak dia nak buat camtu.BBsitter kata mgkn dia protes sebab tinggal dia kat situ.sekejap jer camtu.nak tunjuk kat mama baba dia..

7) Bila dengar azan kat TV, mesti diam, dan ikut sebut Allahuakbar, version dia la..lepas tu letak tangan dekat telinga dan tak tahan tu letak tangan dia kat telinga kita....Clever girl!heheh

Tuesday, May 13, 2008

Last forever

::Selamat Hari lahir Abang ++10 Mei++::

Sory abg, lambat letak entry ni...alhamdulilah dah wish 10 Mei lepas. Abg dah 27 tahun ni, dah tua..hehehehehe Kebetulan hari lahir ni jatuh hari Sabtu, dapatla buat makan2 skit...tp kami ber3 jer la...Masak nasi daging, ayam masak merah, air asam..gambar nak amik tp bateri camera habis, bateri handphone sama jugak low, jd tak leh nak capture gambar. tak der la kenangan...huhu

Ayang, dengan pertambahan usia ni, moga impian yang abg harapkan dapat capai tahun ni, Insyaallah..


Jgn lupa master ayang yer, bagi habis tahun ni, next year, leh konvo...best2, harap jugak time tu dah ada adik 'kak long' a.k.a Nina...Insyaallah...

" Iza dan Nina sayang abg sampai bila2 "




::Selamat Hari Ibu::


-Mak, kau ratu hatiku-



-MIL-

Salam semua...di kesempatan ini nak ucapkan Selamat hari Ibu pada semua Ibu2. Selamat jadi Ibu dan dua kali celebrate dah lepas lahirkan Nina..:-)

Kepada Mak di Penang,Salmah Bt Abd Raof, Selamat hari Ibu. Terima kasih besarkan kami adik-beradik dan alhamdulillah, kami semua berjaya di menara gading...

Kepada MIL, Sa'diah Bt Sahid, selamat hari Ibu. terima kasih atas segalanya.....

Nina : "I Love U, Mama" heheheeehhe

Monday, May 5, 2008

::Pernikahan Angah a.k.a SIL::


Pernikahan angah disempurnakan di Masjid pantai dalam, KL pada jam lebih kurang 3.00 petang 1 Mei 2008 sempena Hari Buruh...Pagi2 tu kami sibuk sediakan makanan untuk tetamu for side lelaki. Menu nasi lemak, ayam goreng berempah + agar2..tp kami bungkus guna polistrin seperti yang side lelaki request..

::Menu makan tgri::

Tapi majlis tu berlangsung dengan perasaan berdebar2 sebab pengantin lelaki tak lepas akad nikah untuk sekali lafaz sebabnya tersilap sebut nama bakal bapa mertua. Ahmad jadi mohd :)

Selepas 4 kali lafaz, akhirnya berjaya memuaskan hati kadi dan saksi2...


::Lil nina sibuk duduk atas riba atuk::


::Angah akhirnya bergelar isteri::


::Wif Angah::

::Family for both side::