Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, September 24, 2008

::Selamat Hari Raya ::



Di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, September 16, 2008

::Checklist Eidul fitri Celebration::

Setakat ni checklist yang dah siap:

Nina (org yang paling penting kena sediakan kelengkapan dia)
- Baju kurung (Sedondon dengan mama: dah siap ambik dari tailor)
- kasut raya (dah siap beli)
- Gown, baju untuk petang raya, 2 nd day (Dah siap: 6 pasang)
- Skirt (ni jer yang belum beli)
- Adik ipar dah belikan baju kurung sehelai
-MIL buatkan baju kurung 3 helai
- Beli gown lagi semalam
-Panties baru

Kesimpulannya tahun ni Nina banyak baju kurung : 5 helai tu! :)

Mama
- 2 helai baju kurung (dah siap ambik dari tailor)
- Tudung (Belum beli)
- kasut (ingat nak beli jugak memandangkan kasut yilek:)

Baba
- T-Shirt dah beli

Kuih Raya (tahun ni beli jer, insyaallah, tahun depan buat sendiri sebab Oven belum ada)
- Tart Nenas (2 balang, dah order belum dapat lagi)- dah dapat
- Almond london (1 balang, dah order belum dapat)- dah dapat
- Suji (1 balang, dah order belum dapat) - dah dapat
- Simpul kasih (Dah order, belum dapat)
- Kuih rotan (Ni ingat nak buat nanti before balik kpg) - tak jadi nak buat la, tak sempat

Untuk mak ayah dan adik2 yang belum bekerja di kampung
- mak (Dah siap belikan kain sepasang untuk dibuat baju kurung)
- ayah (dah belikan T-Shirt raya)
-Adik2 (Dah belikan tudung)


~Skirt Nina (ni jer yang belum beli) -dah beli

~Baju Melayu baba (Belum beli) - dah beli


~Tukar duit di bank, isi sesiap - dah tukar duit

~Servis keta - dah servis

~Pos kad raya (dah siap tulis)
- dah pos


Setakat ni checklist yang belum siap:


**Mama
~Tudung & brooch (Belum beli)
~kasut (ingat nak beli jugak memandangkan kasut yilek:)







::Adab-adab berifthar mengikut Sunnah saw.::

1. Menyegerakan ifthar setelah masuk waktu.Sabda saw:”Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.”Al-Bukhari & Muslim
2. Berifthar dengan didahului rutob (kurma yang baru masak), tamar (kurma kering) atau air.Rutob di Negara kita telah banyak dijual.Sebagai contoh Maryami dari Bam,Iran.Dakwaan yang mengatakan bahawa jika tiada kurma, disunatkan berifthar dengan buah-buahan lain juga tiada sebarang dalil dari Sunnah Rasulullah saw.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas Ifthar,sekiranya makanan masih belum dihidangkan.Ini kerana mengikut amalan Rasulullah saw, nabi saw terus mengerjakan solat Maghrib sejurus selepas berifthar dengan rutob, kurma atau air.Tetapi, jika makanan telah dihidangkan ,adalah menjadi sunnah jika menjamah hidangan dahulu dan makruh meninggalkan makanan semata-mata kerana ingin menyegerakan solat sekiranya waktu solat masih panjang.Sabda saw : “ Apabila makanan dihidangkan ,mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan Solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh gapah ketika menjamah makan malam kamu.”Al-Bukhari dan MuslimIni kerana apabila keinginana untuk menjamah makanan begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat.Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.
Jika ada yang berpendapat bahawa solat berjemaah adalah lebih afdhal dari mengutamakan manikmati hidangan yang telah terhidang,ia adalah silap faham yang perlu diperbetulkan tanpa banyak soal.Kerana ini adalah perkara agama.Nabi saw telah mencontohkan di dalam sunnahnya begitu, maka wajib bagi kita mencontohi baginda saw.Tapi jika makanan telah dihidangkan lagi atau tidak berasa lapar, adalah tidak makruh dalam keadaan itu untuk mengerjakan solat terlebih dahulu.Kemudian, barulah memakan makanan tersebut. Janganlah terdetik di hati kita bahawa Islam mementingkan makan dari solat, tapi hikmah disebaliknya ialah untuk menjadikan solat kita tampak sempurna dan lebih khusyuk.Itulah yang paling utama dalam kita mengerjakan solat.Wallahu’alam

Wednesday, September 10, 2008

::Solat Terawih::

Bulan Ramadhan bnyak keberkatan darinya...cuma nak atau tak saja untuk kita lipat gandakan ibadat. Marilah sama2 kita rebut peluang yang ada ini, dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan dan keupayaan untuk mengerjakannya..Insyaallah...
Sejak ada anak ni, sempat buat di rumah jer. Memandangkan Nina pun tak besar lagi, yang boleh behave, dok diam2...kalu bawak ke masjid, mau dia tawaf satu masjid, camner la nak tunaikan solat. Jadinya buta jer kat rumah.. itu pun selepas dia tidor..sebab lately ni, dia selalu nak kita riba dia...Bila kita nak bangun solat, tak baginyer dia..mesti kata 'na nak'..Tak nak la tu..siap baring2 lagi kat riba kita, atk bagi kita pegi mana. Jadi, tunggu jer la dia dah tido nyenyak tu, baru la boleh solat.
Insyaallah, kalu NIna dah besar nanti, boleh la bawak dia sekali ker masjid.

::Menu berbuka ::

Isnin lepas punya berbuka ni...:) Sempat masak 2 jenis lauk. Sambal udang dengan petai dan ikan cencaru sumbat


::Kuih Ni beli kat bazaar ramadhan::

dan buat kan husband bubur jagung..dia request nak makan...:)ni menu hari Ahad...

Alhamdulillah tahun ni dah tanam azam untuk tidak membazir. Tak layan sangat nafsu membeli ni..ye la, kalu singgah bazaar ramadhan, sure teringin macam2..jadinyer kalu teringin nak makan kuih ker, singgah jer bazaar yang kecik2 jer...tak der la rambang mata nak membeli..

Setiap kali berbuka, menu kami mesti kurma, air, kuih 2,3 ketul jer dan lauk 2 jenis...rasa cam bagus jer berbuka camtu. habis apa yang dimasak dan yang beli pun, tak der la terbuang gitu jer.Memang ala kadar jer...tapi kalu kat kampung mak di Penang, memang meriah dengan juadah berbuka...mana yang dimasak lagi, dah 3,4 jenis lauk, kuih sudah semestinya, untuk bertukar2 juadah dengan jiran2 dekat....tambah kuih muih yang diberi jiran...kalu time berbuka tu, jangan la makan semua, mau kembung perut, nak bangun pun dah tak larat. Kalu puasa di rumah mak, nasi mesti makan lepas solat maghrib.

Kalu sahur, saya masak lain, tapi yang kering2 jer la...setakat ni menu untuk sahur;sambal ikan bilis, telur mata kerbau, papedom, ikan terubuk masin, sambal sardin, ikan bilis gorang, telur dadar..lepas tu tambah dengan lauk yang lebih waktu berbuka kalu masih ada.Itu jer yang dok rotate masak untuk sahur.sebab tu jer yang lalu kat tekak ni:)

Tuesday, September 9, 2008

::Back dated Entry - Majlis Ikrar Pelajar Baru::

::Committee Protokol::

::Student Baru penuh sesak::





Friday, September 5, 2008

::Nina turns 2 yrs 3 weeks::


::Keletah Nina masa bercuti di rumah Opah dan Wan di Penang::

Pagi petang siang malam main buai ni. Tak jemu2..sebab dah pandai imbang..kalu dia tak naik, dia buaikan anak patung dia..ish2 anak mama ni..

::Masak untuk Berbuka::

Semalam sempat balik rumah masak untuk berbuka. Sebelum tu beli dulu barang yang nak masak...tp mak ai ramainya kt kedai.Jenuh la berbaris tunggu turn bayar....Dah siap semua, sampai rumah kol 6ptg...macam lipas kudung masak semua.heheheh Ini la akibatnya tak beli barang masak awal2..kan dah kelam kabut.

Menu of the day : Nasi putih, Ikan bakar, Air Asam, Masak Lemak Ikan Kembung Selar, Ait teh panas kaw! & Kuih 2 jenis...
Happy Viewing Pics kat bawah ni yer...jgn terliur lak..bulan posa ni.hhehe

::Ikan kembung bakar dengan daun kunyit::

::Air Asam special...hehe::

::Masal lemak Ikan kembung selar::


::Kuih yang dibeli...::

Thursday, September 4, 2008

::Ramadhan Al-Mubarak::

Tak terlewat nak wish semua Selamat menjalani Ibadah puasa di bulan barakah ni.Moga Ramadhan kali ini melipat gandakan lagi pahala kita semua. Sekejap jer rasa hidup suami isteri, dah tahun ke-tiga berpuasa bersama dan tambah dengan kehadiran si puteri kecik tu :)
Dalam 3 tahun ni la, dapat melaksanakan tanggungjawab..sebelum ni harapkan mak jer siapkan sahur. kami adik beradik memang tak penah sediakan sahur, mak pun tak kejutkan kitaorang...bangun2 dah siap semua. mak pun tak penah bising sebab tak tolong dia. Cuma dia bising kalu liat nak bangun. Kejut tak bangun2, tu yang dia pantang sangat...heheheh
Alhamdulillah, bila dah jadi isteri dan ibu ni, memang dah jadi kebiasaan lak nak bangun awal, sediakan sahur, tak rasa pun kerja tu membebankan...bila dah siap hidang semua, terus kejutkan cik abang...si kenit tu sure nak join kitaorang sahur. Dia memang tak leh tengok kalu tak der saper dah kat tilam, mesti bangun cari.heheheh
Ni kira 2 hari dah sediakan sahur semua....cuma pagi tadi terlewat skit. Dah bangun dah awal, tapi tak nak betul2 bangun dulu, ni la akibatnya.heheeh kelam kabut masak nasi. Nasib baik dah masak lauk malam tadi. cuma tinggai nak goreng ayam yang dah diperap. Alhamdulillah, sempat kami bersahur. Kalau tak cam ralat jer masak2 dah tu. Balance sup ayam tu, bawak ke rumah bbsitter Nina...
Insyaallah, lepas ni kalu dah jaga, kena terus bangun...tak leh nak nanti2 jap.Satu gi sebab malam tadi tido kol 1, layan baca majalah..hehehhe