Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, December 31, 2008

::Pengalaman sebagai pengawas peperiksaan::

Dah lama jugak la blog ni bersawang, sbb tak berupdate... bukak jer, tp mood nak menulis tu tak der..ada jer benda yang terjadi, tapi malas nak menaip.ntah aper kena..:)
Ni sekadar pengajaran pada semua yang ziarah blog ni, dan sama2 la kita amik iktibar apa yang terjadi..
pada 26-28/12 yang lepas , saya ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan di UKM. Teruja sebenarnya sebab tak pernah lagi jadi...dulu time blajar, duk pasang angan2 jugak, beat kan jadi pengawas exam, dapat tgk org jawab exam, boleh round2 satu dewan, edar kertas soalan dan macam2 lagi la..
Tapi bila dah jadi ni, baru tahun betapa letihnya badan, letihnya kaki yang dok berjalan sana sini, berdiri lama..letih2..Kalu tak berdiri, macam na nak dapat tgk semua student yang jawab soalan..
Alkisahnya candidate bukan golongan2 muda jer, tapi umo yang dah sebaya nenek kita..paling veteran usia menjangkau 70 tahun. Memang salute la kat nenek ni, nak lagi sambung belajar walaupun usia dia patutnya dah kat rumah...tp masih sihat walafiat lagi..rata2 umo dlaam 30-40 an..ada gak yg sebaya 'ayah'...bagus diaorang ni, semangat waja belajar demi segulung ijazah...ni kira part time student UKM...
Tapi dalam seronok tgk gelagat depa ni, ada incident yg membuatkan saya amat terkilan. Saya 'tertangkap' student yang membawa nota dalam dewan peperiksaan. Siap letak dalam booklet jawapan lagi...kebetulan saya datang dari arah belakang dia, jadi dia tak perasan..terkejut giler dia..Yang sedihnya, dia dah umo 40 an, dan dah final year dah.. tambah lagi, course pengajian islam, tambah lagi imej berserban, dan berjanggut panjang..mencemarkan keperibadian yang tak patut berlaku...
Saya dengan berani, trus amik nota dan booklet jawapan, pass kepada lecturer kat depan..terkejut lecturer tu, tambah2 dia ngandung pulak. dia sempat bisik kat saya " kalu tak tau jawab, boleh lagi kita tolong, tp kalau dah meniru cma ni, memang terkilan sangat". Selepas berbincang, dia dibenarkan terus menjawab, tapi kertas soalan ditukar dan diarahkan sign borang akujanji mengatakan dia membawa nota..
Penalty: Dapat Result 'E', kena masuk court, dan kena bayar RM 300@ 200..dan diminta register balik subjek tu. Tak pasal2 kena belajar lagi.
Moral of the story : Be prepared, selebihnya tawakkal pada Allah...

Tuesday, December 9, 2008

:Nina yang rajin::

::Nina :"Buku lukisan saya"::



::khusyuk mewarna::