Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, June 24, 2009

::Alhamdulillah, Akhirnya..::

Alhamdulillah, impian yg terpendam lama akhirnya termakbul jua.Syukur yg tak terhingga ke hadrat ilahi..moga tempoh 2 tahun dapat menggenggam ijazah sarjana..:)
5 tahun asyik postponed, dan masa ni yg sesuai memandangkan hubby pun dah selesai dgn masternya..alhamdulillah..
Kelas sudah bermula last week.Alhamdulillah, so far semua dalam kawalan lg. maklumla belajar sambil bekerja, menuntut seribu satu pengorbanan yg tak berbelah bagi. Dengan anak yang tengah membesar, memang menguji. Tapi, harapnya dapat diatasi semuanya, Insyaallah..
Sem ni amik 2 kursus sajer..dan kelas pulak start 6.30 sampai 9.30 mlm..Alhamdulillah, weekend still leh bersama family..
Moga pengalaman yang berharga ini, dapat ditempuh dengan baik. Seronok bl bergelar pelajar ni, terasa muda kembali..:)

Saturday, June 20, 2009

::Selamat Hari Bapa::


Ucapan Selamat Hari Bapa buat ayah tersayang..Pengorbanan ayah tak kan saya lupa sampai ke akhir hayat.tak terbalas penat lelah ayah membesarkan kami adik beradik. Tak pernah merungut walau penat sekali pun..keja 7 hari seminggu..cuma cuti bl terlalu urgent..mcm kenduri kat jauh ker.Kalau tak memang tak penah cuti maklumlah keja sendiri. Sakit2 pun pegi jugak keja. Demam pun pegi keja.. Macam kita yang keja makan gaji, sakit pegi klinik, dapat MC..Ini sepanjang hidup saya nak masuk 28 tahun ni, tak penah ayah cuti sebab sakit..

Tak terbalas jasa ayah besarkan kami 9 adik beradik...



::Ayah yang dah menjangkau usia 58 tahun::



::Gambar lama masa ni masa saya masih di alam sekolah menengah, 10 years ago, umo ayah dalam 48thn::



Monday, June 15, 2009

::Balik Kpg - Part 2::

Isnin, 8/6/2009, kami decide berkelah di Ulu Paip dekat2 dengan Kulim. Kira ni paling best la, mostly semua adik beradik ada..cuma sorang je adik yg ke 8 belajar di IKBN..Kami konvoi 5 keta. Bertolak dalam 3.30 ptg dari rumah, 4.30 kami sampai di Ulu paip. Sampai2 tu masing2 la nak makan dulu. Yang kecik2 ni excited nak mandi, terus jer masuk dlm air..

Kami siap2 masak dari rumah, menu: mee kuah, bihun sup utara, ayam/nugget/hotdog goreng, keropok ikan . Plan asal nak buat BBQ, sekali cam rasa tak sempat lak nak masak2 tu..buat letih je, tambah2 dengan anak2..


::Sebaik sampai ke Ulu Paip::

::Budak manja mama::

::Ramai jer rasa..itu baru jer 5 cucu::


::Mak..dan kat belakang tu sibuk masing2 nak bawak makanan:


:: Ayah in Blue...Adik no 7, tentera risik yang ni::


::BIL, abg man excited dia rendam kalah budak2 tu::

::Nina first time mandi sungai::

::Kak Wanis jaga anak jer la..sbb baby lg::

::Sejuk jer air Ulu Paip ni::

::Masing2 sibuk nak mandi, hero kak Ja::

::Abg Long BIL No 1 & Abg Shidi BIL No 3::

::Hubby kat blkg & Nina yg excited::

::Budak dah gigil sejuk tu, tp tak mau keluar::


Sunday, June 14, 2009

: : Balik Kampung -Part I : :

Cuti sekolah yang lepas kami balik kpg Penang. Kebetulan time tu jgk anak makngah kawin. Kak Ngah kawin dengan orang Kelantan. Kami ke Taiping dulu sebelum bertolak ke Penang. Banyak benda nak cerita..So, Part 1, cerita pasal kawin ni. Maklum la cuti sekolah, banyak kenduri kawin. Kak ngah ni pun cikgu jugak, time ni lah masa sesuai nak kenduri..Ape2 pun, Tahniah kami ucapkan pada pasangan, moga berbahagia hingga ke akhir hayat..


::Suasana Kenduri ::

::Nina yang suka berjalan::

::Adik yg ke-5 bersama anak sedara baru, anak Kak wanis, namanya: Aufa Izzatul Arisya


::Yg Berdiri, abg long aka abg ipar, yg duduk pakndak , adik lelaki yg no 7::



::Mak Lang Chah yg berdiri, & BIL; abg Man, yg duduk kakak no 2 yg preggy 4 bln::


::Me in pink::

::Pengantin bersama parents masing2::



Thursday, June 4, 2009

::Tip Kenal Diri Melalui Tarikh Lahir::

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 19812 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor..2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Saja nak try saya punya tarikh lahir..

061281

0+6 = 6
Kotak pertama =6

0+6+1+2+1+9+8+1 = 28
2+8 =10
1+0 = 1
Kotak ke 2 = 1

6+1 =7
Kotak Ke tiga = 7

Ciri2 =
1. Pemimpin
6. Angin
7. Patuh

Kawan2 apa lg cubalah buat..hehehe

Tag kawan2= riena, erin & saper la yg nak buat...