Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, September 30, 2009

::Raya ke 2 jumpa kawan2::

Tahun ni ada gathering dgn kawan2, geng sekolah dulu..Best dapat jumpa walaupun kurang sorang.Sarah, tahun depan kita jumpa semua2 ye. Lokasi di rumah mak Riena memandangkan every year rumah mak saya jadi lokasi utama. Tahun ni ubah sikit sebab Riena kan baru je bergelar ibu bagi ca dia duduk rumah..sampai agak lewat sikit sbb ada hal yg tak dapat dielakkan. Sampai2 tu dah ada mama@sifah, wani@cekelat, mira, riena ngan ilyia. elok2 je parking , ruhaida@royd sampai. Lagi gamat la suasana..dengaq jer la gelak sakan royd, dan tepuk tampar dia..lama tak jumpa.last masa dia kawin hari tu. ye la cikgu ni susah sikit nak jumpa, time cuti sekolah jer lah. tambah2 dia Pjj ngan hubby dia. sorang kat JB sorang kat Penang..Sian, moga cepat2 la dpt transfer.. Menu riena: laksa penang, nasi impit, kek coklat nagn air oren sedap..Dlm sembang2 tu, tunggu arn jgk la, tak sampai2 dari guar cempedak..dlm 6.45 gak la dia sampai..samai2 je, bergambar dan bersurai masing2..


(From left: Ilyia ngan sara, me & nina, mama, arn dan izzah, royd, riena & nawal, mira , wani)

::Ruhaida dgn peacenya::

::Suasana di hari raya::

::Kak Da & Abg Man (BIL)

::Me & Dik Tqah di rumah Long, jarak atas::

::Nina wif sepupu2, asyraf danial & asyraf wajdi ; gaya ape ntah kat blakang tu heheh::


::add one more; nur alya maisara::



::Dik Tqah & Dik zahidah::



::Nina salam nak mintak duit raya dr pakteh nya::



:: Beraya di rumah sedara di pokok tampang::


::Sehati sejiwa konon2 ye..berpimpin tgn::


:: Abg Long (BIL) , alya & abg chaq::

::Salam Aidilfitri::

::Lengkap satu package..dari baju smpai la ke dompet::hehe

::Mama sedondon dgn Nina, nak posing jgk::

::My other half! nice::


:: My lovely parent::


::One happy family without kak da's & kak wanis's::


::Family Kak Ja::


::3 of us in royal blue::

Thursday, September 10, 2009

::Wajah Kesayangan hamba::


Rindu di kala dia masih kecil, baru pandai bertatih.. Ni baru setahun 9 bulan. Tembamkan...:)

::Master::

Checklist untuk master
  • Research Method:
Semua tak buat lagi.Presentation, test , projek , final exam, semua nya lepas raya
  • Digital Audio & Video Processing :
Alhamdulillah, test dah, presentation pun udah. Tinggal Projek ngan final exam je lagi. Tp semua tu lps raya..huhu
Kesimpulannya, saya tak beraya sakan tahun ni. Nak kena ngadap article/jurnal yang banyak itu!tak khatam2 lagi semua2 tu.sian kan saya...

Wednesday, September 9, 2009

::Nikmat masa yang tak ternilai::

Alhamdulillah Ramadhan kali ni sempat la berterawih di masjid. Memandangkan Nina dah pandai bawak diri, berdikari, bolehla saya ikut abang pegi masjid solat terawih. Kami prefer solat di Masjid Putra, Putrajaya sebab masjid dia selesa sangat. Anak-anak pun selesa dengan keluasan dia, sejuk aircond dia..memang selesa. Mungkin sebab baru sorang, jadi mungkin boleh lagi ikut, kalau dah ada yang second nanti, pikir 2,3 kali jugak la. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan pada diri ini untuk mengerjakan amalan yang dituntut ini. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin tahun depan, tidak lagi berpeluang macam ni, saper tahu..

Bercerita pasal Nina, siap baring2 lagi dan dia behave je time mama dia solat. Mungkin dia paham..tapi yang tak tahan tu, orang solat, sibuk nak sayang2 kita ni..Nina, Nina..:) Niat di hati jugak nak biasa kan dia dengan amalan ni tambah2 kita buat di masjid. Suasana tu dah terdidik..Biar melentur buluh dari rebungnya. Insyaallah, kami akan sedaya upaya mewujudkan suasana tu..

::Mama pun nak interprem::


::Budak posing dalam masjid UIA, Gombak::

::Projek Mega Weekend Last Week::

Last week, kami semua isteri memerap di rumah sebab nak settlekan projek mega kami..pagi2 lagi dah kuar pi Bandar Baru Bangi, cari cat..Konon nak buat color lain2, ini ilham dari Rancangan "Deko bersama Eric" la ni...Nak ada feature wall la.4 tin jugak la kami borong dengan alat2 nak cat lagi maklumla first time nak cat bagai ni.Semangat sungguh bila tengok dah siap semua..

Start dari pkul 2 ptg camtu baru la start...bila dah cat tu best lak tengok hasilnya.Alhamdulillah, hanya tinggal bahagian dapur dan pagar rumah jer belum. Harapkan cuti jer la baru leh nak start balik. Mujurlah, 2 kali minggu, Isnin cuti, boleh la rehat lepas berpenat lelah mengecat. Yang best, Nina jadi mandor tak professional.." Cantik la mama".Itu yang dia cakap..Orang kata "mama cat", dia tukar jadi " mama cas"..kan beza cat dgn cas..nina, nina..
Semangat pulak nak sambut raya dengan rumah yang bersalin kulit, baru lah ada kelainan sikit...

Friday, September 4, 2009

::Ceritera tentang persiapan raya 2009::

Bercerita pasal cuti raya, tahun ni adalah giliran saya balik kpg mak ayah di Penang. Bestnyer..:) Tak sabar dah nak blik raya ni..Semalam dah apply cuti. Insyaallah cuti 23-25/9, amik 3 hari..kira seminggu jugak la cuti dari sabtu 19/9 tu sampai la 27/9..best2. Cuma yang tak best sbb dah belajar balik ni, tak leh la raya sakan sgt, sbb lepas raya, banyak benda ada, test la , presentation la..
"hubby : tahun ni abg raya sakan, tak yah pikir dah pasal master..sebab dah habis. Jelesnya!"
Pasal baju raya, saya dah siap tempah sebelum puasa lagi. Ada la 2 pasang. 1 jubah, 1 lagi baju kurung pahang. Nina saya dah awal2 lagi beli. banyak dah baju dia..cuma baju kurung tunggu MIL siap jahitkan. Hubby pun sama baju melayu dia MIL yang buatkan..
Kuih raya, tahun ni saya tak order banyak, setakat 2 jenis jer..sbb tahun lepas order banyak, tak hbs pun. cuma saya tambah2 dengan kerepek, kacang dan seangkatan dengannya..tahun ni macam malas nak buat open house, sbb pikir kan master. cam tak sempat jer nak siap semua tu. Kawan2 saya tak buat tau, kalu nak nak datang, datang jer...:)
itula kisah persiapan raya kami sekeluarga..harapnya, semuanya berjalan lancar, Insyaallah..

::Menu berbuka 2/9/09 ::

Hari Rabu 2/9/09 memang plan nak masak nasi beriyani daging.Dah shopping barang2 masak lunch hour kat billion, Bangi. Tepat pukul 5ptg, gegas balik rumah. Nina, baba dia amik kat rumah pengasuh..lega dah kat situ. Tapi balik tu singgah kedai sebab nak beli daging..Tadi kat billion tak der, sold out. Sampai rumah kol 5.50ptg. Rushing macam lipas kudung, rendamkan daging sbb beku lg. Sediakan dulu air asam ngan jelatah, sbb nak kena hiris bagai..Lepas tu baru la sesi menumis utk nasi. tengok jam dah pukul 6.50...nak tunggu daging empuk, lambat sgt.7.10 baru transfer ke rice cooker..Alamat nya berbuka dgn kurma dan air je la dulu, sbb nasi tak masak lagi..Tapi sebab teringin nak makan nasi beriyani hasil air tangan sendiri, kena la jugak buat..:) Tak snap air laici..tu pun buat sendiri...

::Nasi Beriyani daging::

::Jelatah::

::Air Asam feveret::

Wednesday, September 2, 2009

::Menu bersahur td::

Alhamdulillah, dah 12 Ramadhan hari ni...dan saya berjaya masak waktu bersahur. Waktu berbuka jer tak sempat, maklumlah bekerja. Selalu sempat masak nasi jer. Tambah2 kalu kelas master, pukul 9 mlm baru blik. Hari ni terlebih rajin, sebab tu snap..Lauk semua nya simple2 je, janji la dari tak ader..:)
::Telur masak asam::

::Ayam goreng & ikan kering dari sabah::

:;Sambal kicap pembuka selera::


::Last Part- Bye2 KK::

Kami di airport KK. Flight jam 7.15 mlm. Sempat la berbuka sblm boarding, sbb KK waktu berbuka awal, pkul 6.21 dah masuk..Just beli McD utk juadah berbuka..Alhamdulillah, perjalanan semua ok. Hubby pun dah awal2 tunggu kat KLIA...Kenangan indah, ini 2nd time dtg KK..Insyaallah, akan berkunjung lagi jika diberi peluang dan rezki..Kali ni atas urusan kerja, insyaallah nanti dtg dgn family pulak..









::food dlm MAS::


::KK, Sabah- Part 3::

Hasil menyopingkan diri..Teruja tengok mutiara ngan kristal ni.. jadi la buat ole-ole utk keluarga .Tambah2 nak raya ni...:)







::KK, Sabah- Part 2::




::Best kan bilik ni::



::Sesi memposingkan diri::






::Di lobi Hotel Le Meridien::