Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Tuesday, November 20, 2007

Kehidupan lebih bererti di samping tersayang...


First and foremost, thank you Allah for this precious opportunity and 'rezki'...kami panjatkan ke hadrat ilahi..Setelah hampir 2 tahun melayari bahtera perkahwinan, kami dikurniakan seorang puteri yang comel, sihat, bijak...Usianya dah lebih setahun.Nikmat kebahagiaan yg tak dapat diucapkan dengan kata2.Alhamdulillah, kami dianugerahkan cahayamata dalam tempoh yg dekat..kami amat bertuah atas rezki ini jika dibandingkan dengan org yg lambat menimang cahayamata.Perancangan Allah mengatasi segalanya......

Usia perkahwinan hampir 2 tahun, mematangkan diri kami.Apa yg dapat disimpulkan lebih memahami pasangan. Baik dari sikap, fav food, benda yg pasangan suka & tak suka, kebolehan dia..semua dah boleh tau. Dari semasa ke semasa sentiasa improve diri supaya ada persamaan di antara kami..Alhamdulillah, dengan sikap tolak ansur, memahami, bertanggungjawab, rajin menolong, berlapang dada menjadikan hidup kami sentiasa dalam kebahagiaan walaupun kadang2 ada suka dan duka, bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri " tetap kami tempuhi bersama.

Kehadiran puteri kami "Nur Ameena Sofia" menambahkan seri dalam rumahtangga kami. Nak2 sekarang dia dah pandai berjalan, keletah dia sentiasa memberikan kuntuman senyuman pada kami walaupun penat tp memberi makna pada kami.

Kami sentiasa mengharapkan keberkatan dan rahmat dari Allah dalam kami menjalani kehidupan yg penuh pancaroba ini..Moga kami diberikan taufik dan hidayah dari-Nya, Amin

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home