Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Tuesday, September 16, 2008

::Adab-adab berifthar mengikut Sunnah saw.::

1. Menyegerakan ifthar setelah masuk waktu.Sabda saw:”Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.”Al-Bukhari & Muslim
2. Berifthar dengan didahului rutob (kurma yang baru masak), tamar (kurma kering) atau air.Rutob di Negara kita telah banyak dijual.Sebagai contoh Maryami dari Bam,Iran.Dakwaan yang mengatakan bahawa jika tiada kurma, disunatkan berifthar dengan buah-buahan lain juga tiada sebarang dalil dari Sunnah Rasulullah saw.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas Ifthar,sekiranya makanan masih belum dihidangkan.Ini kerana mengikut amalan Rasulullah saw, nabi saw terus mengerjakan solat Maghrib sejurus selepas berifthar dengan rutob, kurma atau air.Tetapi, jika makanan telah dihidangkan ,adalah menjadi sunnah jika menjamah hidangan dahulu dan makruh meninggalkan makanan semata-mata kerana ingin menyegerakan solat sekiranya waktu solat masih panjang.Sabda saw : “ Apabila makanan dihidangkan ,mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan Solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh gapah ketika menjamah makan malam kamu.”Al-Bukhari dan MuslimIni kerana apabila keinginana untuk menjamah makanan begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat.Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.
Jika ada yang berpendapat bahawa solat berjemaah adalah lebih afdhal dari mengutamakan manikmati hidangan yang telah terhidang,ia adalah silap faham yang perlu diperbetulkan tanpa banyak soal.Kerana ini adalah perkara agama.Nabi saw telah mencontohkan di dalam sunnahnya begitu, maka wajib bagi kita mencontohi baginda saw.Tapi jika makanan telah dihidangkan lagi atau tidak berasa lapar, adalah tidak makruh dalam keadaan itu untuk mengerjakan solat terlebih dahulu.Kemudian, barulah memakan makanan tersebut. Janganlah terdetik di hati kita bahawa Islam mementingkan makan dari solat, tapi hikmah disebaliknya ialah untuk menjadikan solat kita tampak sempurna dan lebih khusyuk.Itulah yang paling utama dalam kita mengerjakan solat.Wallahu’alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home