Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, August 27, 2008

::Restoran Al-Rawsyah::

Restoran ni terletak di Jalan Ampang...dekat dengan kedutaan2...kira dekat la dengan ampang park LRT.

Restoran ni mula kenal bila time dept abg buat makan2 kat situ.maklumlah abang jabatan bahasa arab..Restoran ni sediakan makanan Arab ala2 kat negara Arab tu...decoration pun cam arab.pasang lagu pun lagu arab. memang rasa dok kat Jordan pun ada :)Sedap sangat makanan dia.!Air dia kau-kau punya.Pekat...kalu air mangga tu rasanya dia letak baper bijik ntah..rasa asli buah mangga.

Kat sini la belajar makan daging kambing..hehe.padahal sebelum ni memang tak boleh masuk tekak..geli pun ada, bau dia lagi la...tp first time try rasa, sedap sangat...Kalu dekat UIA pun ada makan arab ni, tapi daging kotak...tapi kat restoran ni fresh!
kalu boleh every month nak pegi sana..Tapi mahal la harga dia...kira nak makan kat situ mau RM 50 ke atas...tu pun basic2 jer kami order...kalu tambah2 tu cecah ratus gak..Tapi memang kalu makan kat situ mesti nak datang lagi..daging dia lembut sangat, dah la fresh...Next month nak pegi lagi la.best2..

::Air mangga dia..sedap ok!::

::Nasi dia banyak tul, boleh makan 2 orang::


::Kuah dia pun sedap..::

Nina 2nd Birthday celebration


::Birthday girl yang suka senget kepala bila posing::

::3 of us::

Kami buat makan2 sikit kat rumah parent in law....Menu of the day: Nasi lemak dengan sambal sotong & ayam goreng, agar-agar, keropok lekor & jajan.....simpel jer menu tapi enjoy..hehe

Monday, August 18, 2008

Teambuilding (15-17 Ogos) di Pulau Pangkor

Selama 3 hari 2 malam mama kena pi kursus di Pulau pangkor..Teambuilding (Pemikiran KAIZEN)..Jumaat pagi tu dah siap bertolak. tak penah lagi mama tinggal Nina dan tido malam ngan dia..camner la dia time mama tak der...Kebetulan 16/8 tu ada kenduri di kampung Baba..SO, baba ngan Nina jer la yang balik kampung.Sian anak mama..nasib baik nak kat opah, kalu tak camner la gamak nya..

15 OGOS 2008

9.30 pagi - Bertolak dari UKM ke Pulau Pangkor
1.10 ptg - Sampai di Jeti Lumut
2.45 ptg - Naik bot ke Pulau pangkor
3.45 ptg - Sampai di Uptown Beach Resort (Penginapan kami)
8.30 malam hg 12 tgh malam - Night Walk ( Jauh nya berjalan, naik bukit turun bukit, nasib baik la tak der aper2 terjadi..cuma ada yang nak pengsan, yang terjatuh)




16 OGOS 2008

9.00 pagi hg 3.30 ptg - Aktiviti outdoors (Flying Fox, rafeling. canoing, boating, snorkeling)
9.00 malam - Persembahan kumpulan (dapat no 3..heheeheh)


17 OGOS 2008

9.00 pagi hg 12.30 tghri - Talk (pemikiran Kaizen)
1.30 ptg - Keliling Pulau (singgah kilang satay ikan) dan Bertolak balik ke UKM
7.40 malam - sampai di UKM dengan selamat..ALHAMDULILLAH

Nina 2nd Birthday 18/8/08



Nina dah genap 2 tahun hari ni...dah jd big girl.Macam2 dha dia pandai sekarang....


1) Suka nyanyi2 time nak mandi, dalam keta, tidokan 'aiman a.k.a bear' dia


2) Dah pandai sebut..'nak main', 'kakak', 'cicak' pantang tengok cicak, mesti cepat2 tarik tangan kita suruh tunjuk...'air' pantang tengok air, mesti excited..sbb tu suka nak mandi laut, tak takut langsung..ish2 'cucu=susu'..'nenen'


  • Hari tu dah celebrate besday dia..terawal sebab nanti tak sempat nak buat..mama sibuk je weekend...Ni semua idea Opah nak sambut awal.semapt tu opah siapkan baju kurung untuk Nina pakai time majlis tu...(itulah bila sorang cucu jer)..semua untuk dia...

  • Gambar tak banyak sbb mama lupa nak bawak balik camera kat rumah opah...Nanti upload kat sini...


Mama & Baba love u so much dear.....