Secebis Kenangan Untuk Tatapan Semua

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Friday, October 31, 2008

::Tolak Ansur::


Pengalaman hidup selama hampir 27 tahun mengajar banyak perkara..Bermula dengan status seorang anak, kemudian berstatus Sang isteri & seorang Ibu, memang tak dapat lari dari istilah tolak ansur.Tetapi status sebagai seorang anak akan sentiasa dipegang hingga ke akhir hayat, maknanya pertalian ini dengan ibu bapa tersayang akan sentiasa terjalin...Bila melihat kepada senario kehidupan yang terjadi realiti di depan mata, TOLAK ANSUR amat terkesan pada diri...

Istilah TOLAK ANSUR, mendalam maksudnya...bila dah berkahwin, sifat tolak ansur memang akan sentiasa kita aplikasikan dalam semua perkara..ini nak elakkan kita dari sifat ego, penting diri sendiri, sombong, bongkak.Mungkin kita rasa kita dah hebat sangat, rasa paling berjaya, paling tinggi pendidikan, semua yang tertinggila sampai kita alpa pada tanggungjawab yang dipikul. Inikan pula jika bergelar seorang anak. Kalu nak dibandingkan dengan apa yang kita beri pada ibu dan bapa tak kan dapat dibayar sampai bila2, inikan pula nak mendabik dada....memang terpesong sudah jika kita beranggapan demikian...
Bila kita dah hidup senang, bila dah berkeluarga, jangan dilupakan asal usul kita..siapa lah kita jika tiada ibu dan bapa yang mendidik, mengasuh, menjaga, memberi makan dan minum tanpa rasa jemu, tak terlupa menyara kita mendapatkan pengajian yang paling tinggi, dan paling penting sentiasa menerapkan ilmu duniawi dan tak dilupakan ukhrawi...Itu tak ternilai jasa dan bakti mereka...

Bila ibu dan bapa dah merangkak ke usia emas, tidak pernak mereka mengharapkan balasan dari anak-anak cuma secebis ingatan atas apa yang mereka hulurkan...itupun langsung dilupakan.Masa ni lah kita dapat membantu mereka, menolong apa yang perlu ditolong tanpa perlu diminta...TOLAK ANSUR amat diperlukan ketika ini. Walau sesibuk mana pun kita, jangan dilupa pada ibu dan bapa...cuba menyenangkan mereka di kala mereka masih tiada, jika mereka sudah tiada nanti, nak menyesal pun tiada berguna lagi..

Kalau sebagai suami isteri, TOLAK ANSUR dapat meleraikan permasalahan, kemelut atau segala perselisihan yang dihadapi.Ibaratnya sifat tolak ansur mendatangkan seribu rahmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Marilah sama2 kita praktikkan sifat tolak ansur agar rumah tangga kita aman damai, keluarga beroleh kebahagiaan hakiki...WaAllahua'lam..:)

Thursday, October 30, 2008

::Sehari di Cameron Highlands::

Kami sekeluarga ke Cameron Highlands masa Deepavali pada 27/10/08. Hajat nak ziarah opah & atuk sedara hubby yg menetap di Taman Sedia, CH..Kami bertolak awal dalam 5 pagi..dan sampai di sana lebih kurang 9 lebih..Round dl seluruh Cameron, pegi ke Tanah Rata, Berinchang, Strawberry Farm dll. Singgah makan di Tanah Rata...Sempat masak nasi lemak dgn ayam goreng berempah untuk kami makan. Nak beli kat atas tu, mahal sgt..kalu dtg ramai2 better masak.. MIL masak nasi impit dan rendang daging..
Sampai di rumah Opah dalam pukul 12.30 camtu...borak2 semua, tengahari lunch kat situ dalam kol 2 ptg camtu..sempat tido kejap.Hubby kena rehat cukup sebab nak memandu balik nanti. Bila tak bermalam ni, kena betul rehat la. Dalam pukul 4.30 kami bertolak balik..Singgah jap di pasar malam Berinchang sbb nak beli ole2 untuk dibawa balik. Beli bunga segar, strawberry, baju untuk anak2 jiran..Kebetulan mak ada kawan karib yg stay kat CH jugak, so singgah jap jumpa...lewat jugak la kami turun ke bawah dalam kol 6.30 ptg camtu.
Pukul 12 thg malam baru kami sekeluarga sampai di Bangi selepas hantar mentua di Klang Lama. Alhamdulillah tercapai hajat mentua nak ke CH..sbb dah mala plan, tak jadi2....:)



::My princess::


::Nina wif atuk dan opah::


::Hubby wif siblings n parent in law::

::Sefamily berlatarbelakangkan lata Islandar::

::Opah & Atuk Sedara Hubby::


::Lata Iskandar::


Tuesday, October 28, 2008

::Jawab Tag::

Saya di tag lg. kali ni oleh Puan Riena a.k.a Biskutmeri, kawan baik sy. Tapi sebab dia kawan baik sy, sy buat jugak walaupun panjang giler tag ni..sekali sekala layan!hehehe

Name: pzah

Sisters: 6

Brothers: 2

Shoe size: 7 @ 8, sejak bersalin, kaki kembang skit..hahahah

Height: 165cm

Where do you live: Bangi

Have you ever been on a plane: pernah ..

Swam in the ocean: x penah..

Fallen asleep at school: ada jugak, penah ingat dulu time exam, boleh tertido, time tu memang gelabah giler bila penjaga exam announce aper2..terkejut trus tak ngantuk..teruk kan

Broken someone’s heart: Pernah kot...

Fell off your chair: penah...dok dalam bas, bas break mengejut, jatuh terduduk sikit punya jauh..malu giler..

Sat by the phone all night waiting for someone to call: pernah la jgk.zaman sebelum kawin dulu.

Saved e-mails: Emel official jer(Outlook), senang nak refer balik..

What is your room like: macam bilik org dah kawin...

What’s right beside you: meja office, sbb pc letak atas meja komputer..

What is the last thing you ate: jambu batu cicah kuah rojak

Ever had…Chicken pox: Pernah. darjah 2 dulu.

Sore throat: Pernah, selalu..

Stitches: Pernah 2 kali..sekali panjat almari nak cari syiling, macam lelaki hehehhe, sekali lagi kakak nak tutup pintu bilik air, saya tak sempat nak angkat kaki, sekali kena jahit 3..

Broken nose: tak pernah lg..

Do you Believe in love at first sight: yesss...

Like picnics: suka

Who was/were…The last person you danced with: tak ade.

Last made you smile: solat kat surau, sekali ada lelaki kat surau lelaki buat 'syyyy'...kebetulan kami pompuan tgh bercerita lawak..masing2 senyum jer la, trus terdiam..hahahah ingat tak der orang kat sebelah

You last yelled at: tak der

Today did you…Talk to someone you like: ya,my asben.

Kissed anyone: yes, my dearly hubby

Get sick: no..

Talk to an ex: no...

Miss someone: Ada..my mum and dad

Who do you really hate: takda kot.

Do you like your hand-writing: suka..

Are your toe nails painted: Tak.

Whose bed other than yours would you rather sleep in: my mom.

What color shirt are you wearing now: saya pakai kurung hitam, bunga pink.

Are you a friendly person: Ya,boleh tahan laa...

Do you have any pets: Takde takde. saya penggeli

Do you sleep with the TV on: ada la jugak

What are you doing right now: Jawab tag yang panjang ini (rina dera!)

Can you handle the truth: Ya.

Are you closer to your mother or father: dua2...

Do you eat healthy: boleh la..

Do you still have pictures of you & your ex: mana ada ex ex...

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: My hubby

Are you loud or quiet most of the time: biasa2 sajer..sometimes orang kata pendiam..sbb technical person, fokus!hehehhe

Are you confident: ya..

5 things I was doing 10 years ago:
1. saya amik SPM kat irshad,Pokok Sena.
2. saya mula belajar masak sebab habis exam SPM
3. saya amik lesen motor.
4. saya gi belajar komputer dgn jiran saya
5. saya duduk rumah, tolong mak

5 things I would do if I were a billionaire:
- saya pi mekah banyak kali
- buat rumah lengkap dengan segala kemudahan, reka rumah ikut suka ati
- melancong ke negara2 Timur Tengah dengan keluarga
- hantar emak ayah, mentua gi mekah
- menghulur pada yg memerlukan

5 of my bad habits:
- Lepas makan, kadang2 tertido (dulu sebelum kawin,mana ader cam ni, nak jaga badan, tp bila dah ada anak, kdg nak tidokkan anak dulu, dengan kita2 sekali tertido)
- kadang2 mandi lewat malam (mak sy selalu marah masa bujang2 dulu), skrg husband lak yg bising
- Minum lepas makan, patutnya tunggu la setengah jam lepas makan, baru la minum air..
- kadang2 tu boleh tak minum air masak sehari suntuk, asyik pekena air manis jer...memang kena ubah, sebab air putih bagi kita lebih sihat kan???..
- kadang saya masak kat rumah, tak der sayur...boleh bilang jer berapa kali sy masak sayur..tp suka makan sayur..ish2

5 places I’ve lived/living:
- Kg Permatang Tok Bidan
- Taman Melati, Gombak(Dekat Dengan Stesyen LRT Taman Melati)
- Taman Melati, Gombak(Dekat dengan Stesyen LRT Gombak)
- Seksyen 4, Bukit Mahkota bangi
- Seksyen 3 Bukit Mahkota Bangi

5 + 1 people I tag:sapa yg baca entry ni, sila buat yer..enjoy guys!

Thursday, October 23, 2008

::Latest Nina::


::Sibuk ngendong beg mama::


::suka sgt buat mata camtu::


::sukernya dia::


Jiran hadiahkan baju kelawar,ole2 dr T'ganu.. nice kan? muat2 jer...elok sedang.hehe
Wawa, thanks ye ingat kat anak dara kita...:)

::Alahai..rindunya saat2 ini::


Tengok la gambar Nina masa dia 4 bulan dengan sekarang..bezakan..tembamnya dulu muka dia...geram , nak cubit2 jer...sekejap jer anak mama dah besar.Yang ketara perubahan rambut dia...dulu, masa 4 bulan mana ada lagi rambut, lepas jer kena cukur masa sebulan terus tak naik2...sampai setahun lebih la baru naik. Itupun puas letak macam2 minyak kat kepala kasi cepat tumbuh.Sekali dah naik banyak, curly pulak kat bahagian bawah tu..macam doll pun yer..:)

Wednesday, October 22, 2008

::Open House Office 1::

Hari ni (22/10/08), ofis buat open house. Ramai yang datang...ada lecturer dari Fakulti dan staff dari jabatan 2 lain.Menu hari ni : nasi Tomato, ayam masak merah, dalca daging, acar, papedom, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang daging, lontong, roti jala, kuah kari ayam, buah-buahan, air sirap, teh ais & biskut raya. Banyak betul makanan...Tapi sebab tuan rumah, kami makan awal nanti tetamu datang nak kena layan..:)...Majlis bermula pukul 10 pagi sampai kol 1 ptg.

Gambar akan menyusul kemudian yer..!

















::Sporting, those who follow the theme::

::Couple yg Tak dirancang..same theme :p::

::Team Pemasaran:

::Pengacara Dr. Agus (Program Hujah TV9 pun ada:

Tuesday, October 21, 2008

::Minat Nina::


Alhamdulillah, kami noticed lately Nina suka sgt baca buku.Tambah sekarang dia dah pandai sebut macam2. Jadi bila baca tu, dia campur jer aper yg dia tahu..kadang2 bilang 1 - 7, keluar la perkataan baba, mama, bear, itik, opah, atuk, wan dan sbgnya...Memang dia minat sungguh la baca buku. Tak kira masa, tak kira tempat, mesti dia baca..tak kisah la buku dia ke, buku mama ker, buku baba ker...memang dia akan baca. Sbb tu dalam keta dah spare buku dia siap2..sbb buku boleh buat dia fokus, boleh buat diam. tambah2 buku yg colorful..lagi la dia suka.

Ada sekali tu, kami sempat rakam video dia tgh baca buku. Siap duduk atas kerusi kecik dia. Even mata dah ngantuk, siap menguap, tapi mulut dok baca...lama la jugak dia baca. Sampai last sekali dia sebut HABIS...comey sgt...

Bila dia dah minat ni, kami suami isteri memang nak pupuk, biar dia terus dengan minat dia dengan buku tu..Macam big girl pun ada..syahdu mama tengok...Baba ngan mama akan sentiasa menyokong Nina !



Tuesday, October 14, 2008

::Saya nak buat tag::

Oleh kerana saya dah penat buat keje kat opis ni, saya layan tag sat dari blog kawan baik saya, riena..

1.Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
:: 2 = maroon sama dgn gegirl tuk first day raya, ungu kebiruan untuk 2nd day raya

2.Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
:: lemang even kat penang tu famous dgn ketupat daun palas

3.Apakah biskut raya kegemaran anda?
:: TART Nenas, always in my heart!chewah

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
:: tak dapat pun duit raya...untuk bebudak dalam RM200 jugak la termasuk untuk adik2 kat penang tu.

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
:: mlm raya saya kat rumah atok hubby di bagan datoh...banyak aktiviti (iron tudung saya, sambil tgk tv & layan Nina jer la..)

6.Who to tag?
~Diana
~HanaSyakirah
~Erin
~Mama Hannah

Kalau nama yg tak di mention nak buat, dipersilakan..enjoy guys!

Monday, October 13, 2008

::3 Syawal 1429H::

Hari ni kami duduk rumah jer memandangkan best friends nak datang..yg confirmed nak datang rumah, Dr sarah & hubby, Rina & Wani. jadinya sesiap masak mee kuah dan mee goreng untuk menu raya..heheheh


Depa sampai lewat sebab Sarah tak sampai2 lagi dari Jeniang Kedah. Di aon teh way. janji dalam kol 3 lebih, sampai dah masuk asar..tak per, janji selamat sampai jugak. Seronok borak2, ye la dgn kawan2 rapat. segala macam cerita keluaq...Tapi Nina lak meragam. Maklumla baru bangun tido time tu...dia marahkan mama dia sebab tak bagi dia main sabun. Sebelum tu pi basuh tangan dia kat bilik air, seklai nak main sabun la pulak. Bila tak abgi habis dia mengamuk...tak der la sempat mama nak sembang2 dengan kawan2..


Ni ada gambaq saya cilok dari blog riena. Jgn marah yer tak mintak dulu. Ni semua sebab terlupa bawak balik kamera...salah kan kamera yer!heeheh

::Saya & Riena::

::Time ni Sarah kata " buat apa senyum kat laki aku" padahal husband dia tolong amik gambaq..nak kena betoi Dr Sarah ni..:)::

::Riena & Wani


::Satu kepala depa laki bini::

::Tetamu pertama beraya di rumah kami::


Menu of the day:
::Kuah laksa yang masih atas dapur::


:: Rendang Ayam :

::Puding koktel yang belum siap dibancuh:


::Nasi Impit , laksa , kek yang belum dipotong & biskut2 raya::

Semalam kawan2 opis nak datang rumah. Ajak sekali kawan husband yg dok area situ dan bbsitter Nina. Jadi decide menu untuk jamu kawan2 dengan laksa penang, nasi impit, rendang ayam, puding koktail,kek & biskut raya(ni jer beli) ...start masak dari sabtu malam lagi. rebus nasi impit jer sempat, sebab malam tu, MIL buat rumah terbuka untuk sedara2 di KL.sampai rumah dah pukul 12 malam. Apa lagi yg daapt buat pun...itu pun pukul 4 pagi baru tido nunggu nasi impit masak.
Lepas subuh, tido balik sebab mata ni dah tak larat dah nak bukak maklumlah 2 jam jer tido. sedar2 pukul 8.30 pagi. Kelam kabut jugak lah..:) Minta hubby ke kedai belikan barang yg belum ada. Then siapkan untuk buat puding koktail...dah siap sejuk kan dalam fridge, mula misi untuk buat rendang sambil2 rebus laksa.

Tup2 dalam kol1 tghri camtu, dengar bunyi keta stop depan rumah. Dah gelabah dah, ingatkan kawan2 dah sampai..rupanya MIL ngan BIL datang. Datang mengejut..hehhehe masa tu cam lipas kudung la nak pakai proper attire..nasib baik dapur tak der sepah2, kalau dak buat malu jer..Hubby pun dah siap tolong kemas apa2 yg patut..

Time ni tinggai nak buat kuah laksa jer..dah siap kuah semua, solat semua, siap2 apa2 yg patut sambil tunggu tetamu datang jer. MIL tolong potongkan nasi impit dan siap idang2..

::BBsitter Nina in purple, MIL in green::

::Anak bbsitter yg No 3 'Effa' & sipi2 tu yg bongsu 'hanif'::

Dalam kol 4 ptg, bbsitter Nina sampai sefamily..borak2, makan2 semua...kawan2 ofis pun sampai. dalam 5.30 petang tetamu pun balik. MIL pun bertolak balik dalam 6.15 ptg..Ingatkan kawan hubby tak jadi datang..tup2 time nak maghrib tu call, kata nak datang...dalam 7.40 jugak la, semua balik.

::Kawan2 ofis-Kak Am, Kak Maz& anaknya, Kak Nani, Sal, Nurul::

Apa lagi kami anak beranak lepas maghrib dah zzzzzzzzzzzzz. Ngantuk sangat, keje keras dari pagi sampai ke malam..Pukul 12 malam baru terjaga, nak simpan lauk2 yg lebih dalam fridge..solat lepas tu sambung tido..hehehehe

Kesimpulannya : Baru buat makan2 sikit, kalu Open House, alamatnya kena tempah katering jer la!:)
p/s : gambar tak dapat ditempek, camera tak bawak la pulak ke opis ni..tunggu yer!

Friday, October 10, 2008

::Nina 2 years & I month ++::





-Berat dah 14 kg (last check up on 8/10/08), kira dari bulan 6 last check up, every month naik 1 kg puratanya..bagus anak mama, lalu makan, badan pun sihat..
-Dah pandai cakap banyak vocab dah...
-Pandai dok reka cerita bila baca buku sendiri..dulu2 dia minta orang tolong bacakan kat dia, sekarang ni dia baca sendiri..ada satu buku tu dia minat sangat baca pasal keluarga bear. nanti ada la kuar vocab, mama bear la, baba bear la, baby bear la, bilang berapa ekor la, pokok la, rumah la, air la...macam2. Kesimpulannya, mama baba tak yah la nak ngadap dia cerita, as long as dia khusyuk dan excited baca on her own.
-lepas tu cakap terus, tak der pelat2 sgt.opah ngan wan pun cam surprise masa balik raya kat penang.Mesti cakap " dia dah pandai cakap, cakap lak terus tu.."bagus2 anak mama ni..
-Pandai bilang 1 sampai 7....kalu ikut orang bilang dia akan cakap nombor selepas tu..clever girl.hehe
-Manja sangat..
-suka gigit la pulak budak kecik ni...dulu tak derla pulak. Ni ngikut sorang lagi yang pengasuh jaga...ish2
-pandai nak bergaya dah..
-suka makan ikan....& sayur...

::4 Syawal 1429H::

::One happy family::

::Nina wif Baba::



::Budak suka buat peace ::

::I Syawal 1429 H::

::Ni mata lak kuyu::heheh


:: Kami bertiga in maroon ::

::Nina wif Pakcu (baju oren) & Pak lang (purple)::

::masing2 keletihan sehari beraya::


::Time ni dah siap2 nak bertolak ke rumah Embah pulak (mak ayah MIL)::


Moral of the story : Camera jangan lupa bawak balik...masa ni terkilan sgt, tak leh snap gambar banyak2 & cantik2..padahal dah siap charge bateri semua dah, terlupa nak masuk beg jer..huhu